Monday, April 12, 2010

CHANGE FOR PROGRESS

In the world today, the constant that keeps changing is change itself. Every country,
organisation and individual must adapt to changes to progress. People who lack
adaptability are ruled by fear, anxiety and deep personal discomfort with change. People
fear change because they are moving towards unchartered territory, full of uncertainty and
risk.

In our life time, since most of us are then Gen Y citizens, we have seen our beloved country change from an agricultural country to becoming an industrial country. We derived
tremendous benefit from the rapid changes that occurred in the country. Our standard of
living improved tremendously although inflation keeps on creeping and destroying our wealth. During Mahathir’s era, Malaysia went through great change especially during the first ten years of his tenureship. From implementing a standardised time zone for Peninsula and Sabah, Sarawak to the building of the Petronas Twin Towers and the Plus Highways. All these projects created wealth for the country. According to an economic analyst, the Plus Highways contributed 1% per year to the Gross Domestic Product of the country especially a few years after it was built. This amount was high if we compare it with the economic growth which was 7% to 8% per annum during that period. The Petronas Twin Towers area has become the city centre. All these years before the Twin Towers was built, our Kuala Lumpur had no city centre. New York had the World Trade Centre (now it is ground zero) as its icon, Paris has its Effiel Tower but not Kuala Lumpur. But now, the Petronas Twin Towers is like a magnet attracting the established property developers to have a slice of the development. That area had progressed in such a way that it attracted a lot of interest from foreigners all over the world to buy and invest on condominiums and office space. These foreigners turned their investments into their second home.


What benefits do we get from those projects that we call progress? In the case of
foreigners buying properties at the Petronas Twin Towers area, indirectly they are
contributing to the progress of Malaysia. Their contributions are almost the same as the “My Second Home Programme” launched by the government to attract millionaires and retired corporate leaders to come to Malaysia. For example, when these foreigners buy the condominiums and turn them into their second home, they will regularly come to Malaysia to stay for a few days or weeks. When they stay here, they will spend their money lavishly on our food, products and transportation. The inflow of foreign currencies will create economic activities and wealth to Malaysians who are aware of the opportunities offered. They are like tourists coming to Malaysia. If we tend to encourage tourists to visit the country as they bring in hard cash and benefit the people of Malaysia, why don’t we appreciate and welcome these property investors? In the end, it is the country that progresses to become a wealthy nation.

The second example of changes for progress that has become a controversial issue to the people of Malaysia is the double tracking rail system from Johor Baharu to Padang
Besar. Although there maybe weaknesses concerning the awarding of tender of the
project, the benefit to the country economically and socially is very great. Those who
protested against the project says that it was not economical and not viable. Their arguements were that the returns from the investments of RM 20 billion at the most will be RM 500 millions per annum. It turns out to be 2.5% per annum. It is lower than fixed deposit. But we must understand that the contributions from a government project like Keretapi Tanah Melayu should be viewed through a different angle compared to a private company. A Private company evaluate its project according to their bottomline, which is, solely on its profit, regardless of its benefits to the society. But projects like KTM double tracking does not only benefits KTM because this project also benefits the society and the nation which is not included in the calculation of revenue of RM 500 millions that KTM will receive. This spills over benefits that stimulate the economy and cause a multiplier effect which create wealth to the people.

The other aspect of changes that we need for progress are concerning our attitude
to change. We as human beings are afraid of change because changes even for progress
brings along uncertainty and risk. But those who can easily adapt to change are better off
than those who resist change. This is because people who resist change can only hold to
their resistance temporarily. In the end, they have to accept the changes that are happening
around them. By that time, the early birds or the people who are readily accepting the
change have advance and benefits from the progress. For example, in Singapore a few
decades ago, when the wooden houses were demolished to make way for modern living in
flats and condominiums which were subsidised by the government, the people were reluctant to move to comfortable home. They preferred to stay in their old house which lacked modern facilities. This was because they feared the change which they felt were
uncertain to them and they were reluctant to change their way of life. In Singapore’s
case, those people who at last moved into their apartments built by the government,
brought along their hens and ducks to be reared behind their kitchens in the apartments.
They are not ready to abandon their old ways of doing things. These are classics examples of
resistance to change which slow down the progress of the people and country. The same
situation applies to the people of our country.

Lastly, how are we going to reduce the resistance to change for the sake of progress? In my opinion, the first thing we must do is to erase their fear of changing to a new way of life. Education and information through the print media and also through television and internet and entertainment outlets must be disseminated to the people. Secondly, compensation because of leaving their traditional ways of doing things must be adequate and satisfactory to those involved. Thirdly, some form of attractions like subsidies or anything that benefits them. Through these efforts, resentment and reluctant for change towards progress can be reduced and these people can also contribute towards progress.

Wednesday, February 10, 2010

Cerita Tukus Dan Sukus (Bayangan Sistem Kewangan Dunia)

Di bawah ini merupakan bayangan sistem kewangan dunia yang digambarkan dalam bentuk cerita agar mudah difahami. Selepas berlakunya tsunami kewangan dunia 2008 yang lalu, pakar ekonomi dunia menggambarkan akan berulangnya kegawatan yang lebih dasyat kerana masalah pokok yang menyebabkan berlakunya kegawatan itu tidak dirawat dengan tepat. Oleh itu, pakar-pakar ekonomi mendapati penyelesaiannya ke arah Perbankan Dan Kewangan Islam. Satu perkara yang menarik, Sistem Perbankan Dan Kewangan Islam semakin berkembang pesat di seluruh dunia. Aset Perbankan Islam telah berkembang 4 kali ganda dalam masa 2 tahun. Oleh itu, tidak mustahil sistem perbankan dan kewangan Islam akan menguasai kewangan dunia dengan keadilan dan kestabilan yang dibawanya. Selamat membaca.
CERITA MENGENAI SUKUS DAN TUKUS
CERITA SUKUS DAN TUKUS

1. Riba
2. Fiat money
3. Rezab fractional perbankan

Terdapat 2 pulau yang berjiran jauh di tengah lautan. Satu daripadanya bernama Aya dan yang satu lagi dipanggil Baya. Di pulau Aya tinggal penduduk yang bergelar Sukus. Ia adalah pulau yang subur dengan sayuran-sayuran dan buah-buahan yang melimpah. Terdapat beberapa air terjun dan sungai yang membekalkan penduduk-penduduk di situ dengan air yang bersih dan tempat-tempat perkelahan untuk berehat. Lautan di sekitarnya tidak tercemar dan mereka mendapat makanan ikan yang melimpah ruah dan lain-lain makanan laut. Pulau itu juga ada emas, dan penduduknya, terutama wanitanya, sukakan emas. Mereka jmenggunakan kepingan emas sebagai wang kerana semuanya menganggap emas bernilai. Ketua mereka yang bernama Saka, memproses emas sebagai kepingan sebagai wang. Mereka mnejalankan kehidupan yang mudah dan saling bekerjasama dan tiada faedah/riba dikenakan/dicajkan untuk pinjam-meminjam di antara mereka. Kadangkala, ombak besar dan angin kencang memusnahkan beberapa hartanah mereka, biasanya rumah kediaman, tetapi masyarakat ini segera diatasi secara gotong-royong membina dan membaiki kerosakan tersebut. Selain itu, masyarakat ini hidup aman damai yang menjalani kehidupan secara penuh kebahagian.

Pulau Baya pula, didiami oleh penduduk yang bergelar Tukus. Pemimpin mereka adalah seorang yang bernama Taka. Pulau Baya juga subur dan orang-orang Tukus sebahagian besarnya adalah petani yang bekerja di sawah padi atau memelihara lembu kambing dan ayam itik. Beberapa daripada mereka adalah mahir dari segi seni tangan dan mengeluarkan pelbagai alat-alat dapor. Mereka juga hidup aman dan bergotong royong untuk hidup. Orang-orang Tukus ini tidaklah secanggih Sukus, kerana mereka menjalankan perniagaan secara barter. Orang-orang Tukus menyedari orang-orang Sukus adalah lebih kaya, lebih sihat dan mempunyai bandar-bandar yang lebih canggih daripada mereka. Mereka (Tukus) selalu beranggapan orang-orang Sukus adalah dianugerahi kelebihan dan lebih hebat daripada mereka sendiri. Walaupun mereka berurusniaga secara barter dengan Tukus, mereka tidak memahami konsep wang. Walaubagaimanapun, wanita-wanita mereka juga sukakan emas, terutamanya emas yang dibuat oleh orang-orang Sukus.

Suatu hari, 2 orang yang berpakaian kemas tiba dengan kapal di pantai pulau Aya. Mereka bernama Gago dan Sago. Orang-orang Sukus yang begitu peramah menyambut ketibaan pelawat baru mereka. Gago dan Sago mengkagumkan mereka dengan cerita pengembaraan mereka. Gago dan Sago menunjukkan beberapa matawang emas dari negara lain dan beberapa wang kertas yang digunakan oleh penduduk-penduduk yang jauh sebagai wang. Penduduk Sukus tidak pernah melihat kertas sebelum ini. Wang kertas tersebut malah mempunyai gambar pisang atasnya – buah-buahan mereka. Malah dua orang asing tersebut menunjukkan mereka sebuah mesin pencetak wang seperti yang ditunjukkan. Wow! Ini mendapat perhatian Sukus. Mereka merasa kagum kerana mereka tidak pernah melihat seperti yang telah ditunjukkan oleh Sago dan Gago. Penduduk amat sukakan Sago dan Gago dan mengajak mereka tinggal bersama mereka di pulau.

Gago dan Sago meyakinkan mereka bahawa sebuah institusi yang dipanggil bank akan membei manfaat kepada mereka. Kedua-duanya menerangkan bahawa bahawa sebuah bank akan menyediakan tempat untuk menyimpan wang emas mereka selamat disamping meningkatkan keadaan ekonomi mereka dengan membolehkan simpanan yang ada boleh digunakan oleh orang lain untuk penggunaan prodaktif, yang mana jika tidak ia akan terbiar. Orang-orang Sukus, yang merupakan orang yang suka menolong orang lain, beranggapan ia merupakan idea yang hebat. Gago dan Sago kemudian membina banguinan kecil dengan peti besi di dalamnya dan mula mengoperasikan bank pertama di pulau Aya.

Sago dan Gago meraikan majlis tersebut dengan memberi penduduk pulau tersebut pesta yang berwarna-warni dengan pelbagai acara. Penduduk menyerbu ke bank tersebut untuk mendepositlkan kepingan emas (gold coins) mereka. Pendeposit diberi sekeping kertas yang dicetak bagi setiap keping emas yang didepositkan, dengan jaminan mereka akan dipulangkan balik kepingan emas bagi setiap keeping kertas yang mereka serahkan kepada bank. Orang-orang Sukus merasa teruja dengan “wang” kertas yang mereka dapat kerana ia juga mempunayi gambar pemimpin mereka Saka disamping pokok pisang. Malah, Saka juga measa gembira juga.

Orang-orang Sukus mendepositkan kesemua kepingan emas mereka, berjumlah 100 000 keping dan helaian wang kertas yang sama jumlahnya juga diagihkan kepada pendeposit. Sejkarang mereka menggunakan kertas sebagai wang dan mendapati ia adalah lebih selesa daripada kepingan emas yang berat seperti yang mereka gunakan. Wang kertas yang dicetak oleh Gago dan Sago, kini menjadi matawang yang dominan di pulau itu. Tiada siapa yang menggunakan kepingan emas (gold cioins) lagi. Penduduk merasa gembira dengan kemudahan di mana mereka boleh melaksanakan dengan mudah perniagaan mereka. Mereka amat mempercayai Gago dan Sago kerana setiap kali mereka membawa sekeping kertas (wang kertas) untuk pemulangan/pertukaran, kehendak mereka dipenuhi . Gago dan Sago dihormati dan disanjung dalam masyarakat tersebut.

Orang-orang Tukus yang mendengar segalanya juga menjadi teruja dan merayu kepada Gago dan Sago supaya membantu mereka juga. Gago dan Sago tersenyum diantara mereka dan memberitahu orang-orang Tukus bahawa mereka juga akan bersedia untuk membantu. Kedua-dua mereka membina bangunan yang sama di Baya, dan Sago diletakkan di sana sebagai pengurus. Perbezaan di antara pulau Aya dan pulau Baya ialah orang-orang Tukus tiada kepingan emas untuk didepositkan. Sago kata itu tidak mengapa. Dia mengeluarkan 1 000 keping wang kertas kepada setiap keluarga untuk digunakan sebagai wang. Oleh kerana terdapat 100 kelaurga di Baya, jadi 100 000 keping wang kertas telah dikeluarkan. Walaubagaimanapun, Sago mengingatkan mereka bahawa pada akhir tahun setiap keluarga mesti memulangkan 1 100 keping wang kertas, 10 peratus lebihan dicajkan untuk perkhidmatan yang ditawarkan. Orang-orang Tukus mendapati wang kertas itu seperti silap mata. Ia membuat urusniaga mereka jauh lebih senang berbanding dengan kaedah barter dahulu. Orang-orang Tukus menjimatkan masa dibandingkan dengan kaedah barter dimana perlu mencari pihak lain untuk ditukarkan dengan barang mereka. Sekarang mereka boleh mengkhususkan pada kerja yang mereka mahir. Ekonomi mereka mula berkembang dengan pesat.

Sekarang Gago dan Sago memtuskan sudah tiba masanya untuk mereka membuat tipuan mereka …. Gago perhatikan bahawa di Aya, secara puratnya hanya 10% daripada emas yang didepositklan telah dituntut oleh orang-orang Sukus pada masa-masa tertentu. Lebihan 90% masih kekal di peti besi,. Menyedari bahawa wang cetakan mereka telah beredar sebagai wang, Gago mencetak tambahan 900 000 keping lagi sebagai wang. Gago mengira bahawa dengan tambahan kertas (wang kertas) tersebut, sejumlah 1 000 000 keping kertas akan berada di tangan dan jika orang-orang Sukus menuntut emas mereka (purata 10% daripada wang tersebut) , dengan ini 100 000 deposit awal kepingan emas akan sentiasa ada untuk tuntutan. Gago mengeluarkan pinajamn lebihan 900 000 wang kertas kepada orang-orang Sukus yang memerlukan pada caj faedah (riba) 15%).

Orang-orang Sukus mula mendapati harga barang-barang meningkat. Ini mengelirukan mereka dan tiada siapa yang dapat menjelaskannya. Setengah daripada mereka yang telah meminjam daripada Gago tidak mampu membayar hutang mereka kembali walaupun mereka bekerja kuat untuk memdapat wang tambahan. Perniagaan semakin sengit dan masyarakat semakin tidak mesra dan kurang berkasih-sayang antara mereka dibanding sebelumnya. Orang-orang Tukus juga mendapati perkara yang sama berlaku kepada mereka. Pada awalnya, mereka tidak menyedari kenaikan harga tetapi mereka mendapati perubahan tingkah laku kepada orang-orang mereka. Mereka menjadi semakin bersaing dari segi sikap dan kurang mengambil berat terhadap rakan-rakan mereka. Walaupun dengan kerja kuat dan tingkah laku bersaing, masih ada di antara mereka yang tidak mampu menjelaskan hutang mereka. Mereka masih tidak mampu untuk memperolehi cukup wang untuk membayar balik jumlah hutang mereka. Sekarang Sago mula merampas kekayaan sebenar daripada pemiutang yang tertangguh – seperti tanah, lembu, kambing dan lain-lain. Ketua mereka Taka ialah di antara yang terhutang dan tidak mampu membayar. Tetapi Sago memberinya dan lain-lain orang-orang Tukus tambahan wang kertas sebagai menjadualkan semula hutangnya. Ini meningkatkan lagi jumlah terhutang. Seterus hutang Taka menjadi lapuk lagi dan perlu dijadualkan semula lagi. Sekarang Taka cuba mengelak perjumpaan dengan Sago. Dia merasa malu dan mendapati kuasa, kebanggaan, keberanian dan maruahnya mula jatuh. Sebaliknya, dia mendapati kuasa, kebanggaan, keberanian dan maruah yang telah hilang daripadanya telah berpindah kepada Sago.

Setelah beberapa tahun, Gago dan Sago yang dahulunya mendarat di pantai pulau Aya dengan hanya mesin cetak, kini memilki hampir kesemua daripada tanah dan harta benda di kedua-dua pulau Aya dan Baya. Penduduk telah menurun/merosot hanya menjadi pekerja, dimana sebahagian daripada mereka mejadi miskin. Ramai daripada mereka bekerja hingga larut malam uintuk mencukupkan keperluan hidup. Mereka kini mempunyai masa yang kurang untuk keluarga, kawan dan aktiviti kerohanian/keagamaan. Masalah sosial bertambah meluas. Penduduk tidak mempedulikan orang lain. Oleh itu, tidak hairanlah dengan lahirnya kemiskinan, penyakit sosial yang lain semakin merebak seperti jenayah, pelacuran, dan lain-lain. Kebudayaan mereka mula secara berperingkat berubah kerana Gago dan Sago memperkenalkan budaya baru yang dianggap lebih “hebat” daripada bangsa yang “hebat” di mana mereka lahir. Inilah akhirnya penduduk yang penyayang dan saling mengambil berat daripada dua pulau Aya dan Baya, yang mana mereka sebelum ini hidup aman tetapi bahagia sebelum Gago dan Sago datang dengan mesin percetakannya.

Gago dan Sago tidak berhenti di situ. Mereka terus mengembangkan sayap mereka kepada penduduk lain dan masyarakat lain. Impiam utama mereka ialah menjadi Pemerintah Teragong Global dengan mewujudkan satu bank global dengan satu jenis matawang global.

Thursday, February 4, 2010

Pentingnya Memahami Ekonomi

1. Dalam artikel di atas, saya telah menghuraikan secara ringkas kepentingan sains kepada anda dan negara. Kali ini, saya akan menjelaskan sedikit sebanyak tentang ekonomi dan kewangan dan mengapa ia penting difahami oleh bukan sahaja oleh mereka yang mengkhusus dalam bidang ini tetapi juga orang yang berpendidikan tinggi tanpa mengira bidang dan sesiapa yang mempunyai kemampuan untuk berfikir. Ini penting kerana apa yang telah berlaku seperti kemelesetan ekonomi akan menjejaskan setiap individu. Umpamanya, kita masih ingat krisis matawang yang melanda Asia Tenggara dan Korea pada tahun 1997/1998. Kemudian, kemelesetan 2008 akibat Tsunami Kewangan Global yang bermula dari Amerika. Dan dalam beberapa tahun akan datang, kemelesetan akan lebih parah dan mungkin melebihi kemelesetan "The Great Depression" yang berlaku pada tahun 1930-1932. Ini akan dijelaskan di artikel akan datang.

2. Dalam era globalisasi ini, dunia berada dalam keadaan kacau-bilau. Ini telah diramalkan oleh Peter Drucker dalam banyak bukunya, di antaranya "The Age of Discontinuity "dan " Managing In Turbulent Times" . Begitu juga, penulis-penulis lain dari Barat seperti Allan Greenspan dalam bukunya "The Age of Turbulence" (Dalam Zaman Yang Bergelora) dan juga penulis Islam. Dalam perkembangan yang tidak menentu ini, pokok kepada segala masalah ialah ekonomi dan keinginan untuk menguasai dunia. Masyarakat bukan Islam samada di Barat atau di Malaysia sendiri mula memberi perhatian kepada keadaan yang berubah dan luar biasa ini. Misalnya, bekas Setiausaha Politik mantan Perdana Menteri (Dr Mahathir), Maththias Chang telah menulis buku "bestsellers" iaitu, "Future Fast Forward" dan "Brainwashed For War, Programmed To Kill". Buku terkininya, "The Shadow Money Lenders and The Global Financial Tsunami" pula masih berkait dengan dua buku bestseller tersebut, tetapi mendedahkan ketamakan golongan yang sama untuk mengaut kekayaan dunia dan seterusnya menguasai dunia.

3. Saya katakan mereka yang bukan Islam amat mengikuti perkembangan global yang berlaku kini berdasarkan beberapa bukti. Umpamanya di Malaysia, setelah buku yang pertama dan keduanya mendedahkan agenda golongan elit di Amerika untuk menguasai ekonomi dan dunia (The New World Order), dia telah diminta untuk membuat seminar mengenai isu-isu yang ditimbulkannya di dalam bukunya. Sambutan dan kehadiran dalam seminar tersebut amat menggalakkan sehingga dewan penuh sesak dengan CEO syarikat, eksekutif bank dan lain-lain mereka yang berpendidikan tinggi. Begitu juga, di Amerika sendiri. Agenda-agenda mereka mula terdedah sehingga media-media Barat terpaksa membuat "damage control".

4. Oleh itu, kerana pokok segala masalah ialah merebut dunia, dan ia amat berkait dengan ekonomi dan kewangan, saya akan mendedahkan perkara-perkara asas tentang ekonomi dan kewangan secara berperingkat-peringkat agar difahami oleh golongan muda terutamanya pelajar-pelajar supaya dengan kefahaman ini boleh membuat analisis sendiri tentang apa yang sedang berlaku didunia hari ini. Seperti Firman Allah s.w.t.:

"yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya.
Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah
orang-orang yang mempunyai akal."

Ayat 18, Surah Az Zumar

Maksudnya ialah mereka yang mengkaji Al Quran dan lain-lain ilmu dunia,tetapi yang diikutinya ialah ilmu (dunia) dengan dipimpin oleh Al Quran.

5. Berbalik kepada ekonomi, perkara asas yang perlu difahami oleh kita agar dapat menganalisis peristiwa-peristiwa dunia terutamanya kemelesetan yang berlaku berulang-ulang ialah tentang sistem wang dan perbankan. Mengikut kata Henry Ford:

"It is well enough that people of the nation do not understand our banking and
monetary system, for if they did, I believe there would be a revolution before
tomorrow morning"
(Adalah baik rakyat negara ini tidak memahami sistem kewangan dan perbankan kita, sekiranya mereka faham, saya percaya akan berlaku revolusi besok pagi".

6. Dalam sistem wang dan perbankan global, tunjang kepada masalah yang berlaku kini ialah wang fiat, "fractional reserve banking" dan riba. Riba di tegaskan dalam Al Quran amat dilarang oleh Allah subhawataala di dalam banyak ayat. Diantaranya:

"Orang yang memakan (mengambil) riba tidak dapat berdiri betul melainkan
sebagaimana berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang
kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan jmereka mengatakan
"Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah
telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba ........... "

Surah al Baqarah, ayat 275

Haids pula:
"Jauhilah 7 dosa besar! Para sahabat bertanya: "Apakah dia itu, wahai Rasulullah?" Beliau menjawab: "Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran dan menuduh kaum wanita yang baik yang suci yang mukminat."

Hadis Riwat Bukhari dan Muslim


7. Tetapi harus diingatkan pula, apabila kita memahami larangan keras daripada Allah tentang riba, jangan pula kita meninggalkan menuntut ilmu bidang yang berkaitan dengan riba. Ini kerana, mereka yang mengetahui tentang riba inilah yang akan berada di barisan hadapan untuk mengembalikan sistem kewangan umat Islam dan dunia kepada sistem tanpa riba khususnya dan sistem ekonomi Islam amnya degnan syarat mereka juga memahami Islam. Kini, Sistem Kewangan dan Perbankan Islam sedang bersaing sengit dengan sistem konvensional. Oleh itu, perlunya mereka yang memahami sistem riba (konvensional) dan juga sistem ekonomi Islam untuk memajukan dan mengetengahkan sistem ekonomi Islam. Daripada ayat-ayat Al Quran dan hadis di atas patut menjadi dorongan yang hebat untuk pelajar menguasai sistem konvensional serta mendalami sistem ekonomi Islam. Ini kerana mereka yang jahil tentang ekonomi riba dan konvensional akan mudah terjebak kepada sistem riba itu sendiri. Malah, perlunya penuntut-penuntut Islam mendalami sistem kewangan sehingga apa yang dilaksanakan di Wall Street (Bursa di Amerika Syarikat). Ini kerana pergolakan yang melibatkan kewangan dunia akan terus berlaku. Terkini, hari ini (10 Feb 2010) Portugal, Sepanyol, Greece mula bergolak kewangan dan perbankannya. Ini tidak mustahil mengaitkan negara Eropah lain. Sistem kewangan dunia adalah berangkaian.

8. Ini kerana apa yang diamalkan di Wall Street jauh lebih canggih daripada di amalkan di Malaysia. Contohnya, Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew (mantan Perdana Menteri Singapura) apabila dilantik menjadi salah satu daripada jawatankuasa pelaburan di CitiGroup (syarikat induk kepada Citibank) setelah berada beberapa lama dalam jawatankuasa di CitiGroup mengatakan bahawa sistem kewangan di Amerika adalah terlalu canggih, umpama langit dengan bumi dibandingkan dengan Singapura. Oleh itu, jika dibandingkan dengan tahap sistem di Malaysia, sudah tentu kita lagi jauh kerana sistem kewangan Singapura adalah jauh lebih maju daripada Malaysia. Dan juga Singapura adalah salah satu pusat kewangan dunia. Malah, sistem perbankan yang diamalkan di Amerika terlalu canggih sehingga Pengerusi Federal Reserve Bank, Ben Bernanke yang menggantikan Allan Greenspan memerlukan penerangan secara bersemuka dari pengurus dana pelindung nilai (hedge fund managers) bagaimana modus operandi derivatif-derivatif tersebut.

9. Oleh itu, di bawah ini saya kemukakan gambaran umum sistem kewangan dunia dalam bentuk cerita yang saya petik daripada "The Theft Of Nations - Returning To Gold" oleh Ahamed Kameel Mydin Meera (Universiti Islam Antarabangsa, KL) yang telah diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris. Walaupun ia adalah bentuk cerita, itulah gambaran yang sedang berlaku di dunia hari ini. Tajuknya ialah "Cerita Mengenai Sukus dan Tukus".

10. Semoga anda dapat memahaminya dan saya akan cuba menggunakan bahasa yang mudah supaya sesiapa sahaja mendapat manfaat.

Wednesday, February 3, 2010

TUGASAN 1 - P5127

MODUL: P5127 KEWANGAN PERNIAGAAN
TUGASAN 1
TARIKH: 3 JANUARI 2010
KELAS: DAT6B/DPM5A
________________________________________________________________________

Soalan 1

A. Terangkan 4 faktor perbezaan di antara memaksimakan keuntungan syarikat dan memaksimakan kekayaan pemegang saham.

B. Tiga jenis pelaburan perlu anda pertimbangkan. Berikut merupakan maklumat ketiga-tiga jenis pelaburan tersebut.

BON SAHAM SAHAM
UTAMA BIASA

Harga pasaran (RM) 1 150 95 22
Nilai par 1 000 100 30
Kadar faedah (%) – dibayar tahunan 14% - -
Dividen tahunan - 12% -
Pertumbuhan (infiniti) - - 11%
Kadar pulangan dikehendaki (perlu) 12% 15% 20%
Tarikh matang 16 tahun - -
Dividen tahun lepas - - RM 2.10

i. Sediakan nilai ketiga-tiga jenis sekuriti di atas berdasarkan kadar pulangan yang dikehendaki/perlu anda.

ii. Pelaburan yang mana tidak patut anda piliuh dan mengapa?

Thursday, January 28, 2010

Pentingnya bidang ekonomi dan Sains kepada individu dan negara

1. Baru-baru ini Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri telah berucap di UUM, Kedah dan menyatakan bahawa 2 subjek para akademik patut fokus untuk memastikan generasi muda Malaysia boleh terus releven (survive) di masa hadapan ialah ekonomi daan sains.

2. Apabila saya baca berita itu di The Star (26 Jan 2010, ms N27), saya teringat ketika anak saya ketika memohon masuk pengajian tinggi beberapa tahun dahulu. Mereka berbincang dan meminta nasihat saya apakah bidang yang perlu dipohon. Saya kata, pohon bidang Accounting. Sebabnya, bidang Accounting adalah termasuk ekonomi.

3. Sekiranya memilih Accounting, kita boleh menguasai subjek Ekonomi, Kewangan dan Perniagaan dan tingkah laku manusia. Juga, kita lihat bagaimana sesebuah negara itu jika dipimpin oleh seseorang yang tidak memahami asas-asas ekonomi, negara boleh merudum.

4. Kemudian, cuba kita memandang ke belakang bagaimana peristiwa2 kemelesetan ekonomi menggugat tiap-tiap individu di seluruh dunia. Peristiwa kemelesetan pada tahun 1997/1998 akibat serangan penyangak matawang dari negara Barat masih belum boleh dilupakan oleh mereka sudah dewasa ketika itu. Dan baru-baru ini, kemelesetan 2008 masih terasa hingga hari ini bukan sahaja oleh Malaysia tetapi dunia terutamanya Amerika. Amerika adalah ekonomi terbesar didunia dan terkaya. Oleh itu, apayang terjadi pada Amerika, dunia juga akan menerima tempiasnya. Seperti kata ungkapan para ekonomis, "When America sneeze, the world catch a cold."

5. Di samping itu, dengan penguasaan Accounting, ekonomi dan kewangan kita lihat orang-orang Yahudi menguasai dunia walaupun mereka hanya ada 20 juta orang sahaja. Mereka menjadi bangsa terkuat. Melalui Wall Street misalnya, mereka cuba mengumpul kekayaan beratus-ratus trillion US dollar walaupun KNK Amerika hanya US 17 trillion sahaja. Mereka melakukan perniagaan derivatif (futures, forward, opsyen dan perniagaan matawang. Perdagangan derivatif mereka ini adalah terlalu besar seperti dinyatakan oleh Bernard Lietaer, dalam bukunya The Future ofMoney ms 314, dalam tahun 2000 sahaja transaksi matawang harian hanya 2% sahaja adalah eonomi sebenar (perdagangan sebenar - perkhidmatan dan barangan) dan 98% adalah spekulasi. Malah, maklumat terkini mengatakan spekulasi matawang adalah 20 kali ganda perdagangan sebenar. (Itu belum termasuk derivatif lain seperti saham, futures, forward dan lain-lain lagi).

6. Oleh itu, apabila anak saya (yang sedang menuntut bidang Accounting) mengadu kepada saya bahawa kawannya memperlecehkan mereka yang mengambil bidang ini, kerana mereka yang "cream" memilih bidang lain, saya kata orang-orang bidang inilah yang mengoncangkan dunia dan menentukan arah tuju dunia.

7. Tetapi, untuk menguasai bidang ini (Ekonomi, Kewangan dll) dalam era globalisasi perlu bukan sahaja mendalami ekonomi dan perkembangannya, tetapi perlu meneliti perkembangan politik dunia (terutamanya Amerika, China dan India), perkembangan teknologi dan untuk orang Islam lebih baik jika memahami Al-Quran dan Hadis. Ayat Al Quran dan Hadis tentang ekonomi (riba, zakat, perniagaan) terlalu banyak samada mengenai hukumnya ataupun yang bersifat futuristik.

8. Saya katakan pada anak saya, graduan yang menjadi rebutan sekarang ialah mereka yang lulus Perbankan dan Kewangan Islam (bidang ekonomi juga tu) sehingga berlakunya "brain drain" pakar kewangan Islam Dubai dan lain-lain "financial centres". Bank-bank di Dubai membayar gaji 2 atau 3 kali ganda gaji di Malaysia dalam dollars.

9. Oleh itu, bergembiralah dan bersedialah mereka yang menuntut di bidang ekonomi seperti Accounting, Kewangan,Perbankan, Perniagaan dan lain-lain kerana bidang ini memberi impak yang begitu besar kepada individu, negara dan dunia. Dan ia sentiasa berubah-ubah, bergolak dan memerlukan kita sentiasa megikuti perkembanganya.

10. Selamat Menyahut cabaran.

(Saya cuba menggunakan bahasa dan istilah yang biasa dan mudah supaya mereka yang bukan bidang ekonomi juga dapat manfaat.)

Jawapan kepada persoalan yang dikemukakan:


sir,do you mean that those who grad in pure sc are the only group that will have a great impact to society n nation?
January 29, 2010 6:30 AM


are u talking about pure sc only?what about other couse?such as IT?

RESPONS SAYA:

1. Apabila dikatakan bidang Sains, ini termasuk IT, kejuruteraan, mikrobiologi, bioteknologi, kedoktoran, farmasi, matematik dan lain-lain. Semua negara maju memberi peruntukan dan fokus yang tinggi kepada sains.

2. Negara India sekarang ini merupakan di antara negara yang pesat ekonominya dan dijangka mendominasi dunia disamping China dan beberapa negara lain mengatasi Amerika dan Eropah. Kinipun paksi kuasa ekonomi dunia sedikit demi sedikit berpindah ke Asia.

3. India setiap tahun mengeluarkan hampir 1 juta graduan jurutera termasuk jurutera IT dan software. Dan mereka ini fasih dalam bahasa Inggeris. Beribu-ribu daripada mereka telah berhijrah ke Amerika Syarikat bekerja di Silicon Valley, California (pusat IT). Setelah mereka mendapat kemahiran dan kepakaran, mereka pulang ke India dan menubuhkan syarikat sendiri.

4. Sekarang banyak syarikat IT ditubuhkan di India. India mempunyai Silicon Valleynya sendiri. Di antara syarikat yang berjaya dan besar hasil daripada menimba pengalaman di Amerika ialah Infosys dan Tata. Misalnya, Syarikat Infosys ini diasaskan oleh seorang yang pernah bekerja di Amerika selama lebih kurang 10 tahun.

5. Sekarang Infosys telah menjadi syarikat multinational. Dalam tempoh 4 atau 5 tahun, Infosys
telah mencapai "jualan" (services) lebih daripada US 1 billion setahun. Di antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah "outsourcing".

6. "Outsourcing" adalah perniagaan yang lahir daripada IT dan internet. Ada "outsourcing" yang "low value addded" (yakni nilai tambahnya rendah) dan ada yang "high value added". Contoh "low value added" ialah call centre di mana kerja mereka ialah menghubungi pelanggan bagi pihak syarikat di Amerika. "Outsourcing" seperti ini banyak terdapat di Filipina sehingga ada ftempat yang luas di Filipina dimana ia sentiasa terang benderang kerana pekerja bekerja mengikut waktu siang di Amerika.

7. Contoh "Outsourcing" yang "high value added" adalah umpama syarikat2 di Amerika menyerahkan tugas perakaunan atau mengaudit kepada syarikat di India seperti Infosys melalui internet.

8. Satu lagi yang sederhana ialah misalnya sebuah kelinik di Amerika mendiagnos pesakitnya melalui x-ray. Untuk membuat laporan x-ray itu memerlukan kepakaran seorang juru x-ray. Oleh kerana gaji di Amerika tinggi, doktor atau hospital tersebut meminta syarikat di India membuat laporan yang dilakukan oleh juru x-ray di India. Kelinik di Amerika menghantar gambar x-ray ke syarikat di India melalui internet sebelum pekerja kelinik atau hospital tutup pada lima petang. Ketika Amerika berada di waktu malam, India di waktu siang. Dan juru x-ray akan membuat laporan. Apabila Amerika siang dan India malam, pada pagi itu esoknya di Amerika, laporan x-ray telah sampai.

9. Semua "outsourcing" ini adalah untuk menjimatkan kos kerana gaji di Amerika mahal. Oleh kerana syarikat Amerika bermatlamatkan keuntungan, mereka akan berlumba2 untuk menjimatkan kos. Dan trend ini akan berterusan dan termasuk daripada Eropah. Juga, kita harus ingat, Syarikat di Barat adalah besar dan bilangannya banyak.

10. Malaysia, mengikut maklumat 3 atau 4 tahun dahulu adalah tempat ketiga selepas India dan China dari segi populariti sebagai pilihan "outsourcing". "Outsourcing" di Malaysia banyak dilakukan di Cyberjaya.

11. Oleh itu, bidang sains ini adalah luas dan berkembang pesat. Jadi, jangan kita ingat hanya terhad kepada biologi, kimia dan fizik sahaja.

Saturday, January 16, 2010

Menghadiri Seminar Kewangan dan Perbankan Islam

Pada hari Sabtu 16 Januari 2010, saya menghadiri Seminar Kewangan dan Perbankan Islam di PWTC Kuala Lumpur. Walaupun isi penyampaian oleh pengucap adalah asas kerana sebahagian peserta terdiri daripada mereka yang baru mengenali Sistem Perbankan dan Kewangan Islam dan bakal calon untuk mengambil Islamic Financial Planner, sekurang-kurangnya saya dapat maklumat apa itu Financial Planner itu.

Juga disebut oleh penyampai pertama bahawa negara terbaru yang berminat dan berusaha untuk menjadi Islamic Financial Hub ialah Perancis selain daripada Dubai, Singapore, London dan Hong Kong. Saya berpendapat kecenderungan negara-negara ini untuk menjadi Financial Hub ialah kerana limpahan "petrol dollars" daripada negara-negara Arab yang ingin ditarik oleh mereka ke negara mereka. Disamping itu, mereka melihat perkembangan pesat kewangan dan perbankan Islam seluruh dunia.

Walaubagaimanapun, Amerika Syarikat masih belum menunjukkan reaksi yang ketara terhadap perkembangan ini. Kali terakhir mereka menunjukkan reaksi ialah 2 atau 3 tahun yang lalu semasa Presiden Bush menjadi Pesiden. Bush telah mengarahkan penubuhan jawatankuasa yang dipengerusikan Secretary of Finance (kalau tidak silap) untuk mengkaji Kewangan dan Perbankan Islam ini. Secretary adalah bersamaan menteri di Malaysia. Walaubagaimanapun, kurang reaksinya Amerika terhadap perbankan dan kewangan Islam ini adalah satu "blessing in disgust" ataupun satu rahmat. Ini kerana, jika mereka terlibat sama dalam kewangan dan perbankan Islam ini, mungkin mereka akan mengatasi Malaysia dan seterusnya mengambilalih kepimpinan memajukan kewangan dan perbankan Islam dunia. Malaysia dan lain-lain negara Islam akan menjadi pengikut. Ini kerana Amerika mempunyai kepakaraan kewangan yang terkedepan (ramai pemenang hadiah Nobel dalam Ekonomi adalah rakyat Amerika), sumber dan kewangan yang banyak, infrastrukur kewangan yang canggih dan salah satu New York adalah Financial Centre dunia. Oleh itu, mereka dengan mudahnya akan mengatasi kita.

Sebabnya Amerika tidak berminat menceburi kewangan dan perbankan tanpa riba ini ialah kerana mereka masih lagi dalam "state of denial". Mereka masih menaruh harapan bahawa arkitektur kewangan yang sedia ada (konvensional) ini masih boleh berjalan baik kerana ia adalah negara utama yang dapat manfaat daripada sistem berasaskan riba. Melalui riba, derivatif kewangan seperti futures, forward, lindung nilai (hedging) ini mereka mendapat keuntungan besar. Sekarang ini, mereka telah tewas dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan kepada negara-negara Asia terutamanya China dan India. Apa yang masih menjadi dominasi mereka ialah sektor IT dan kewangan derivatif.

Menghadiri Seminar Kewangan dan Perbankan Islam