Thursday, January 28, 2010

Pentingnya bidang ekonomi dan Sains kepada individu dan negara

1. Baru-baru ini Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri telah berucap di UUM, Kedah dan menyatakan bahawa 2 subjek para akademik patut fokus untuk memastikan generasi muda Malaysia boleh terus releven (survive) di masa hadapan ialah ekonomi daan sains.

2. Apabila saya baca berita itu di The Star (26 Jan 2010, ms N27), saya teringat ketika anak saya ketika memohon masuk pengajian tinggi beberapa tahun dahulu. Mereka berbincang dan meminta nasihat saya apakah bidang yang perlu dipohon. Saya kata, pohon bidang Accounting. Sebabnya, bidang Accounting adalah termasuk ekonomi.

3. Sekiranya memilih Accounting, kita boleh menguasai subjek Ekonomi, Kewangan dan Perniagaan dan tingkah laku manusia. Juga, kita lihat bagaimana sesebuah negara itu jika dipimpin oleh seseorang yang tidak memahami asas-asas ekonomi, negara boleh merudum.

4. Kemudian, cuba kita memandang ke belakang bagaimana peristiwa2 kemelesetan ekonomi menggugat tiap-tiap individu di seluruh dunia. Peristiwa kemelesetan pada tahun 1997/1998 akibat serangan penyangak matawang dari negara Barat masih belum boleh dilupakan oleh mereka sudah dewasa ketika itu. Dan baru-baru ini, kemelesetan 2008 masih terasa hingga hari ini bukan sahaja oleh Malaysia tetapi dunia terutamanya Amerika. Amerika adalah ekonomi terbesar didunia dan terkaya. Oleh itu, apayang terjadi pada Amerika, dunia juga akan menerima tempiasnya. Seperti kata ungkapan para ekonomis, "When America sneeze, the world catch a cold."

5. Di samping itu, dengan penguasaan Accounting, ekonomi dan kewangan kita lihat orang-orang Yahudi menguasai dunia walaupun mereka hanya ada 20 juta orang sahaja. Mereka menjadi bangsa terkuat. Melalui Wall Street misalnya, mereka cuba mengumpul kekayaan beratus-ratus trillion US dollar walaupun KNK Amerika hanya US 17 trillion sahaja. Mereka melakukan perniagaan derivatif (futures, forward, opsyen dan perniagaan matawang. Perdagangan derivatif mereka ini adalah terlalu besar seperti dinyatakan oleh Bernard Lietaer, dalam bukunya The Future ofMoney ms 314, dalam tahun 2000 sahaja transaksi matawang harian hanya 2% sahaja adalah eonomi sebenar (perdagangan sebenar - perkhidmatan dan barangan) dan 98% adalah spekulasi. Malah, maklumat terkini mengatakan spekulasi matawang adalah 20 kali ganda perdagangan sebenar. (Itu belum termasuk derivatif lain seperti saham, futures, forward dan lain-lain lagi).

6. Oleh itu, apabila anak saya (yang sedang menuntut bidang Accounting) mengadu kepada saya bahawa kawannya memperlecehkan mereka yang mengambil bidang ini, kerana mereka yang "cream" memilih bidang lain, saya kata orang-orang bidang inilah yang mengoncangkan dunia dan menentukan arah tuju dunia.

7. Tetapi, untuk menguasai bidang ini (Ekonomi, Kewangan dll) dalam era globalisasi perlu bukan sahaja mendalami ekonomi dan perkembangannya, tetapi perlu meneliti perkembangan politik dunia (terutamanya Amerika, China dan India), perkembangan teknologi dan untuk orang Islam lebih baik jika memahami Al-Quran dan Hadis. Ayat Al Quran dan Hadis tentang ekonomi (riba, zakat, perniagaan) terlalu banyak samada mengenai hukumnya ataupun yang bersifat futuristik.

8. Saya katakan pada anak saya, graduan yang menjadi rebutan sekarang ialah mereka yang lulus Perbankan dan Kewangan Islam (bidang ekonomi juga tu) sehingga berlakunya "brain drain" pakar kewangan Islam Dubai dan lain-lain "financial centres". Bank-bank di Dubai membayar gaji 2 atau 3 kali ganda gaji di Malaysia dalam dollars.

9. Oleh itu, bergembiralah dan bersedialah mereka yang menuntut di bidang ekonomi seperti Accounting, Kewangan,Perbankan, Perniagaan dan lain-lain kerana bidang ini memberi impak yang begitu besar kepada individu, negara dan dunia. Dan ia sentiasa berubah-ubah, bergolak dan memerlukan kita sentiasa megikuti perkembanganya.

10. Selamat Menyahut cabaran.

(Saya cuba menggunakan bahasa dan istilah yang biasa dan mudah supaya mereka yang bukan bidang ekonomi juga dapat manfaat.)

Jawapan kepada persoalan yang dikemukakan:


sir,do you mean that those who grad in pure sc are the only group that will have a great impact to society n nation?
January 29, 2010 6:30 AM


are u talking about pure sc only?what about other couse?such as IT?

RESPONS SAYA:

1. Apabila dikatakan bidang Sains, ini termasuk IT, kejuruteraan, mikrobiologi, bioteknologi, kedoktoran, farmasi, matematik dan lain-lain. Semua negara maju memberi peruntukan dan fokus yang tinggi kepada sains.

2. Negara India sekarang ini merupakan di antara negara yang pesat ekonominya dan dijangka mendominasi dunia disamping China dan beberapa negara lain mengatasi Amerika dan Eropah. Kinipun paksi kuasa ekonomi dunia sedikit demi sedikit berpindah ke Asia.

3. India setiap tahun mengeluarkan hampir 1 juta graduan jurutera termasuk jurutera IT dan software. Dan mereka ini fasih dalam bahasa Inggeris. Beribu-ribu daripada mereka telah berhijrah ke Amerika Syarikat bekerja di Silicon Valley, California (pusat IT). Setelah mereka mendapat kemahiran dan kepakaran, mereka pulang ke India dan menubuhkan syarikat sendiri.

4. Sekarang banyak syarikat IT ditubuhkan di India. India mempunyai Silicon Valleynya sendiri. Di antara syarikat yang berjaya dan besar hasil daripada menimba pengalaman di Amerika ialah Infosys dan Tata. Misalnya, Syarikat Infosys ini diasaskan oleh seorang yang pernah bekerja di Amerika selama lebih kurang 10 tahun.

5. Sekarang Infosys telah menjadi syarikat multinational. Dalam tempoh 4 atau 5 tahun, Infosys
telah mencapai "jualan" (services) lebih daripada US 1 billion setahun. Di antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah "outsourcing".

6. "Outsourcing" adalah perniagaan yang lahir daripada IT dan internet. Ada "outsourcing" yang "low value addded" (yakni nilai tambahnya rendah) dan ada yang "high value added". Contoh "low value added" ialah call centre di mana kerja mereka ialah menghubungi pelanggan bagi pihak syarikat di Amerika. "Outsourcing" seperti ini banyak terdapat di Filipina sehingga ada ftempat yang luas di Filipina dimana ia sentiasa terang benderang kerana pekerja bekerja mengikut waktu siang di Amerika.

7. Contoh "Outsourcing" yang "high value added" adalah umpama syarikat2 di Amerika menyerahkan tugas perakaunan atau mengaudit kepada syarikat di India seperti Infosys melalui internet.

8. Satu lagi yang sederhana ialah misalnya sebuah kelinik di Amerika mendiagnos pesakitnya melalui x-ray. Untuk membuat laporan x-ray itu memerlukan kepakaran seorang juru x-ray. Oleh kerana gaji di Amerika tinggi, doktor atau hospital tersebut meminta syarikat di India membuat laporan yang dilakukan oleh juru x-ray di India. Kelinik di Amerika menghantar gambar x-ray ke syarikat di India melalui internet sebelum pekerja kelinik atau hospital tutup pada lima petang. Ketika Amerika berada di waktu malam, India di waktu siang. Dan juru x-ray akan membuat laporan. Apabila Amerika siang dan India malam, pada pagi itu esoknya di Amerika, laporan x-ray telah sampai.

9. Semua "outsourcing" ini adalah untuk menjimatkan kos kerana gaji di Amerika mahal. Oleh kerana syarikat Amerika bermatlamatkan keuntungan, mereka akan berlumba2 untuk menjimatkan kos. Dan trend ini akan berterusan dan termasuk daripada Eropah. Juga, kita harus ingat, Syarikat di Barat adalah besar dan bilangannya banyak.

10. Malaysia, mengikut maklumat 3 atau 4 tahun dahulu adalah tempat ketiga selepas India dan China dari segi populariti sebagai pilihan "outsourcing". "Outsourcing" di Malaysia banyak dilakukan di Cyberjaya.

11. Oleh itu, bidang sains ini adalah luas dan berkembang pesat. Jadi, jangan kita ingat hanya terhad kepada biologi, kimia dan fizik sahaja.

3 comments:

  1. sir,
    do you mean that those who grad in pure sc are the only group that will have a great impact to society n nation?

    ReplyDelete
  2. are u talking about pure sc only?what about other couse?such as IT?

    ReplyDelete
  3. Tuan,
    saya adalah akauntan dalam sektor awam , tetapi peranan akauntan dalam srktor awam tidak lebih daripada sekadar Bookeeper,kebanyakan tugas-tugas Fianacial diberikan kepada Pegawai tadbir yang berkelulusan, sains social, politik dan lain-lain.
    apakah pandangan tuan dalam pengurusan kewangan cara ini. terima kasih

    ReplyDelete